
Sulit
4 tahun
Kepala terasa bergetar
Saya wanita 23 tahun, kerja office mengadap komputer, ada rabun. 2 3 hari ni rasa kepala ni bergetar area bawah kepala sebelah kanan tak tahu kenapa, tak sakit kepala pun cuma rasa tak selesa je sebab kerap bergetar. Bergetar macam parkinson tu. Apa punca jadi nya macam ni ye? Teruk ke sakit ni? Patut ke saya jumpa doktor atau getaran ni akan hilang sendiri?

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala kepala bergetar, boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan keseimbangan tubuh ( labyrinthitis, tinnitus, vertigo, dll.)
- gangguan penglihatan (rabun, silau yang ektrim, mata juling, dll.)
Namun ia juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan saraf di bahagian kepala
- gangguan endokrin atau metabolisme tubuh
- badan kekurangan gula
- badan tidak cukup rehat
Saya juga menyarankan anda untuk sentiasa menjauhi faktor-faktor stress, menggunakan gadget atau komputer terlalu lama, cukupkan makan/minum air, dan rehat terlebih dahulu, sebagai usaha awal untuk mengurangkan gejala-gejala yang anda alami. Namun sekiranya gejala masih berlanjutan atau bertambah kerap / berat, untuk segara berjumpa dengan doktor.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Secara amnya, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.