
Anonymous
4 tahun
Listerine berkumur kumur
doktor kalau saya dah berkumur2 dengan listerine perlu ke sy kumur kumur gan air bersih balik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:
- Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut
- Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi
- Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma
- Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut
- Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut
- Membantu penyembuhan tisu mulut
Persoalan anda tentang perlu ke kumur dengan air bersih selepas kumur meggunakan ubat kumur. Jawapannya dia tidak perlu lagi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.