
Sulit
4 tahun
Makanan sebelum jalani X-ray KUB
Saya akan menjalani pemeriksaan X ray KUB dua hari lagi.
Soalan saya adalah bolehkah saya makan makanan lain selain bubur kosong dalam tempoh ini?

4 tahun
Terima kasih atas soalan berikut,
X-ray KUB (kidneys, ureters and bladder) pemeriksaan abdomen yang tertumpu kepada keadaan organ buah pinggang (kidneys), salur ginjal (ureters) dan pundi kencing (bladder).
persediaan usus perlu dilakukan sebelum menjalani pemeriksaan X-ray abdomen dan KUB. Objektif utama persediaan usus adalah untuk mengosongkan usus sebelum menjalani pemeriksaan. Usus perlu dibersihkan dari sebarang najis serta zarah makanan bagi mengelakkan gangguan dan tersalah diagnosis penyakit. Oleh hal yang demikian, anda tidak disarankan untuk mengambil makanan selain yang telah dicadangkan oleh doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.