Anonymous
5 tahun
Masalah Darah tinggi
Sy wanita linkungan 30 an…sy ada pesakit darah tinggi…beberapa minit yg lepas sy mengalami panic attack…sy nak tahu tanda2 panic attack…harap dpt membantu
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda kemungkinan besar gejala yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh komplikasi masalah darah tinggi ataupun boleh disebabkan oleh perkara lain seperti tekanan darah terlalu rendah dan kurang gula dalam darah.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.