Firas

6 tahun

Masalah jerawat apabila badan berpeluh dan panas

Hai doktor. Saya seorang lelaki yang mengalami masalah wajah berjerawat. Hasil daripada soal selidik yang telah saya jalankan mendapati, punca pertumbuhan jerawat pada wajah saya ialah pada saat suhu tubuh badan meningkat sehingga menyebabkan:
I) Seluruh wajah dan kepala berasa panas.
II) badan berpeluh dan terasa suhu badan yang panas.

Untuk pengetahuan doktor, saya juga merupakan seorang yang minat bersukan.

Soalan saya ialah:

  1. Apakah jenis rawatan yang sesuai?

  2. Apakah rawatan lain yang dapat digunapakai (tradisional)

Hi dan terima kasih atas persoalan anda.

Jerawat adalah apabila liang kulit anda tersumbat dengan kulit mati dan minyak, yang membawa kepada pembiakan bakteria. Bagi membantu masalah ini, anda boleh:

  • Cuci muka anda tidak lebih daripada dua kali sehari. Bilas wajah anda dengan air suam, bukan panas, dan gunakan pembersih yang bukan sabun dan lembut pada kulit. Menahan diri dari menggunakan sabun kasar dan menggosok wajah anda kerana itu memburukkan jerawat dan merosakkan kulit yang sihat.

  • Jangan memicit atau memerah jerawat anda. Ini akan menjadikan jerawat anda lebih teruk dan menyebabkan kerosakan pada kulit di sekelilingnya dan boleh menyebabkan jangkitan.

  • Elakkan produk muka berasaskan minyak, sama ada produk solekan atau produk kulit.

  • Jika anda mempunyai jerawat ringan, anda boleh mencuba ubat jerawat kaunter, jika tidak, dapatkan bantuan daripada doktor di mana dia akan menetapkan ubat-ubatan seperti retinoid, asid salicylic atau asid glikolik, antibiotik, asid azelaic, benzoyl peroksida dan pil kawalan kelahiran jika ada mempunyai ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan jerawat.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Hai, terima kasih untuk soalan anda. Jerawat merupakan pori kulit terutamanya di muka anda, dada dan belakang akan disekat dengan sebum atau tisu mati yang berlebihan.

Menggunakan gabungan produk yang tepat di wajah anda adalah penting untuk memerangi jerawat anda. Sentiasa ikuti regim mencuci, mengelupas, toner, serum, losyen pelemba dan krim pelindung matahari untuk muka anda. Setiap langkah ini membantu secara kesuluruhan dalam menangani masalah anda. Gunakan pencuci muka yang tidak comedogenic dan yang tidak mengandungi sabun dan buih untuk memastikan tiada filem sabun di atas kulit anda dan menghalang pori anda.

Selepas pembersihan, ia sangat penting yang anda menggunakan toner kerana kemungkinan wajah anda masih ada kotoran dan minyak selepas mencuci. Gunakan serum dan rawatan lokal untuk jerawat dan parut anda. Untuk jerawat, anda boleh mendapatkan benzoyl peroksida, asid salisilik, asid azelaic atau minyak pokok teh. Untuk parut, anda boleh merawat kulit anda dengan alpha arbutin, vitamin C (asid askorbat) atau asid laktik.

Ini mengurangkan penampilan parut, menambahbaik tekstur dan kompleksi anda. Sentiasa lembapkan muka anda. Ini memastikan kulit anda lembap dan tidak merangsang pengeluaran minyak yang berlebihan. Krim pelindung matahari adalah penting dalam penjagaan kulit kerana ini membantu anda mengurangkan penampilan parut anda dan melindungi dari kerosakan matahari dan penuaan pramatang.

Dr Ilias,

6 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda. Jerawat, ataupun acne vulgaris merupakan salah satu masalah kulit yang amat sering berlaku terutamanya di kalangan remaja.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini. Contohnya:

• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
• Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
• Amalkan pemakanan sihat
• Banyakkan minum air kosong
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Kurangkan stress dan mengamalkan teknik relaksasi
• Elakkan daripada menyentuh muka dan jangan picit jerawat yang tumbuh
• Mandi sebaik sahaja anda manamatkan aktiviti sukan anda kerana peluh akan menyebakannya lebih teruk
• Eksfoliasi muka anda 2-3 kali seminggu menggunakan berus muka, scrub ataupun “facemask”
• Gunakan krim pelindung matahari untuk mengelakkan parut

Sekiranya langkah-langkah di atas tidak berkesan, anda patut nerjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)