
Sulit
3 tahun
Masalah kesihatan organ dalaman
Slm doktor, saya student umur 17 tahun.Saya mempunya sakit dlm badan.Kadang kadang rasa mcm sakit di bahagian jantung,sakit perut,sakit payudara kiri,rasa macam ada benda berat sikit kat payudara kiri,sakit miss v,berak berdarah,gerd dan masalah bernafas pendek dan penat kadang.Parents saya ingat saya sakit biasa dan sudah pergi klink lebih 10 kali.Tapi saya tahun lps pergi klinik kesihatan check jantung diorg kata ok.Saya pun pelik apa masalah saya.Bila pergi klinik kata berak berdarah saya disebabkan luka but saya sakit perut.Dah byk klinik kata begitu.Saya ingin tanya apakah masalah yang saya hadapi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, sukar untuk kami katakan apakah punca anda mengalami gejala yang disebutkan di dalam ruangan soalan kerana kenyataan yang diberikan oleh anda adalah terlalu rumit dan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar untuk mengetahui puncanya dan supaya rawatan dapat diberikan kepada anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.