Anonymous
5 tahun
Masalah perut buncit
Saya seorang ibu kepada 3 org anak, berusia 43 tahun.Masalah saya mengalami perut buncit mengeras selepas makan atau minum air,sering kali sakit dan terasa berat mengeras di bahagian bawah perut,sukar membuang air besar,kerap buang air kecil.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengumpulan lemak di bahagian perut.
- Masalah dalam abdomen seperti fibroid .
- Pengumpulan air dalam rongga abdomen ( ascitis ) yang disebabkan oleh pelbagai penyakit.
- Hamil
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.