
Sulit
4 tahun
Mengambilan ubat dan susu protein scara srentak
Saya lelaki berusia 27 tahun… sudah 2 tahun brkhawin masih tiada cahaya mata… skrg sya sudah amalkan acidfolic dan jus herba yg disahkan oleh jakim selama brbulan2 sehingga kini… sekarang sya ingin pengambil whey protein untuk tubuh bdan sya… persoalannya… bolehkah acidfolic dan jus herba itu diambil secara serentak dengan susu protein yg akn sya minum nanti… trima kasih…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Namun begitu, disebabkan kekurangan maklumat sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Secara amnya, whey protein tidak boleh diminum bersama dengan beberapa ubat antibiotik dan levodopa. Jika anda ada mengambil antara ubat-ubat yang saya senaraikan, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk menukar kepada ubat yang sesuai dengan whey protein yang anda ingin gunakan. Setakat ini tiada maklumat yang mencukupi yang menyatakan bahawa whey protein dan asid folik tidak selamat jika digunakan bersama. Saya juga kurang pasti dengan jus herba yang anda nyatakan, maka sukar bagi saya untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.