
Sulit
4 tahun
Nafas berat sesak nafas ketika tidur merasakan susah untuk bernafas
saya berumur 14 tahun ketika saya ingin tidur saya merasa sesak nafas dan membuatkan nafas saya menjadi berat…mohon perjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah anda mengenai kesesakan nafas yang berlaku ketika waktu tidur. Untuk makluman anda, terdapat bebearapa penyakit yang boleh dikatikan dengan kondisi anda iaitu:
- Asma
- Penyakit penyekatan salur nafas (COPD)
- Cecair hidung yang jatuh ke kerongkong (Postnasal Drip)
- Paru-paru berair (Pulmonary edema)
- Penyakit tidak bernafas ketika tidur (Sleep apnea) yang boleh disebabkan oleh keturunan atau masalah tonsil
- Penyakit jantung seperti Congestive Heart Failure (CHF)
- Salur darah paru-paru tersumbat (Pulmonary embolism)
- Refluks asid dalam perut
- Penyakit buah pinggang
- Serangan panik atau gangguan stress.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Banyak penyakit yang boleh berkait dengan sesak nafas ketika tidur ataupun baring. Namun, masalah ini boleh dikawal dengan beberapa ubat yang diketahui:
- Oksigen (breathing mask)
- Ubat untuk kerapkan membuang air kencing
- Ubatan jantung
- Ubat rendahkan tekanan darah tinggi
- Ubat melegakan kesekatan pada paru-paru serta memberi pernafasan yang lancar.
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi