
Sulit
4 tahun
Oral aid lotion dalam mulut
Hi saya mengunakan oral aid lotion pada lelangit mulut dan area hampir dengan kerongkong saya… Bolehkah jika tertelan? Sebab air liur berkumpul mengenai ubat tersebut. Bolehkan saya telan air liur tersebut atau ubat tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ia bergantung kepada jumlah oral aid yang anda ambil. Pada kadar yang sedikit, ia selamat untuk ditelan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.