
Sulit
4 tahun
Paracetamol dan menyusu bayi
hi doktor,sy sedang menyusu bayi dan skrg sy kurg sihat. bolehkah sy ambil paracetamol dlm masa yg sama sy menyusu bayi? ada apa2 kesan ke terhadap bayi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Secara amnya, paracetamol adalah selamat digunakan oleh ibu yang menyusu dan bayi. Hanya jumlah yang sedikit sahaja akan berada dalam susu dan tidak akan menyebabkan apa-apa kemudaratan bagi bayi asalkan anda mengambil pada dos yang telah ditetapkan.
Namun begitu, saya sarankan anda untuk anda berjumpa dengan doktor dan dapatkan ubat yang lebih sesuai untuk anda gunakan untuk merawat keadaan anda
Ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.