
Sulit
5 tahun
Penyakit gastrik… asam lambung.. mmg gejala gastric skit kepala, sakit dada, tekak sakit, and sush nk bernafas?
saya sebulan kene gastrik… sush nak berfafas, sakit dada, sakit tekak and sakit kepala… tu memang gejala gastrik ke

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom-simptom refluks asid ialah:
- Pedih ulu hati
- Sakit dada
- Susah menelan
- Pengeluaran makanan atau lendir masam dari perut
- Tekak tidak selesa
- Batuk berpanjangan
- Radang tekak
- Asma
- Tidur terganggu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.