
Sulit
4 tahun
Perut masuk angin cepat, susah keluar angin, susah berak
Assalam and hi, saya seorang yg sangat cepat masuk angin, kena makan on time, tapi baru ni perut rasa tak selesa je selalu and tiba2 sekarang ni susah sangat nak keluar angin tu, plus nak berak je tapi susah sangat nak keluar, selalu kalau angin tu, makan terus nak pergi tandas, keluar angin2, sekarang tak, sangat susah, angin tak keluar2 dari perut, kenapa ye mohon sangat pencerahan dari doktor, saya rasa ada masalah pada usus saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami iaitu sakit perut dan simptom-simptom lain yang berkenaan. Untuk makluman anda, terdapat banyak kondisi kesihatan yang berkaitan dengan gejala yang anda alami, antaranya ialah:
- sakit otot
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
- inflammatory bowel disease
- irritable bowel syndrome
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih