
Sulit
4 tahun
Perut terasa sakit apabila ditekan
Saya remaja perempuan umur 19, sejak 2 , 3 hari lepas perut saya terasa sakit apabila ditekan dan sakitnya tu terasa pedih kdg2 terasa nk muntah adakah ini gastrik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit perut apabila ditekan disampingi dengan perasaan loya pada beberapa hari yang lalu. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda:
- Ulser perut
- Keradangan perut atau gastritis (Gastrik)
- Kegelisahan dan stress
- Jangkitan kuman pada perut atau usus
- Penyakit refluks esofagus (GERD)
- Masalah penghadaman seperti dyspepsia
- Penyakit perut yang menyebabkan rembesan asid terlalu banyak.
Perasaan sakit perut dan loya boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit. Namun, bukan semua kondisi adalah serius dan hanya perlu dirawat di hospital. Anda boleh mencuba yang berikut untuk mengurangkan simptom anda:
- Perbetulkan tabiat makan serta waktu pemakanan
- Kurangkan makanan atau minuman berasid
- Kurangkan makanan pedas
- Elakkan merokok dan meminum alkohol
- Banyakkan makan makanan mengandungi vitamin, terutamanya vitamin B.
- Kurangkan stress
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.