
Sulit
4 tahun
Pipi sebelah kiri nampak kurus
im a girl 17years old, pipi i sebelah kanan memang chubby cheek tp sebelah kiri nmpak kurus dan ada sunken sikit. Apa penyebab nya doc? Adakah faktor pemakanan / penurunan berat badan? Sy risau sbb sy underweight. Apakh saya ada peluang utk menambah lemak di pipi Tanpa filler dan surgery? Apabila sy senyum lemak tu nampak and dua2 belah pipi nampak gemuk tp kiri ada sedikit kurus dan sunken dia tak nampak. sy dgr tiada lemak yg akan kembali kepada pipi tu balik sy agak risau. Pttkah saya menambah berat bdn. Skrg berat bdn sy 38. Saya nak kembalikan chubby cheeks saya. Harap doc dapat membantu .

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, bentuk pipi boleh berubah mengikut umur, pemakanan serta genetik. Bayi mempunyai bentuk pipi yang temban kerana tabiat mereka yang selalu minum susu. Pemakanan yang banyak akan menaikkan bentuk pipi dan menjadikannya nampak tembam. Manakala sesetengah orang mempunyai bentuk pipi yang tembam walaupun kurus kerana faktor genetiknya begitu.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.