
Sulit
3 tahun
Pusat rasa tidak selesa, sakit dan berdenyut
Saya wanita berumur 31 tahun, tiba-tiba mengalami rasa tidak selesa dan sedikit sakit, rasa berangin dan berdenyut-denyut pada bahagian pusat. Apakah penyebabnya? Adakah sesuatu yg serius @ ia tidak perlu dibimbangkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian pusat.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit di bahagian pusat seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
- Kehamilan
- Keradangan Appendiks
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.