
Sulit
3 tahun
Rasa tk selesa bahagian serviks
sy 20an n belum kahwin, sy nk tnya blh ke kanser serviks menyerang wanita yg belum pernah melakukan seks? n apa punca n simptom kanser serviks ? apa tanda2 yg abnormal? mslh sy bila sy sentuh kedalam faraj bahagian serviks , sy rasa mcm rasa kasar dan ad ketulan kecil mcm tu? ada ke wanita belum kahwin buat ujian pap smear?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kanser serviks.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda sedang mengalami sesuatu yang berasa kasar didalam faraj dan ingin mengetahui tentang kanser serviks. saya akan cuba memberikan maklumat dengan baik.
Saya tidak dapat memberikan kesimpulan tentang keadaan anda dengan hanya maklumat yang telah diberikan, namun ketulan kecil ini mungkin simptom kepada penyakit HPV iaitu salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa. Ia bercirikan dengan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur). Jangkitan pada pangkal rahim boleh menyebabkan kanser pangkal rahim pada masa akan datang.
Mengenai kanser serviks, anda boleh menghidapi kanser serviks walaupun belum pernah melakukan hubungan seks. Antara yang berisiko mempunyai penyakit ini adalah mereka yang:
- Mempunyai jangkitan Virus Human Papilloma (HPV) – virus ini bertanggungjawab dalam 70% dari kanser serviks. HPV dibawa dari individu ke individu yang lain melalui hubungan seks. Maka faktor yang meningkatkan risiko mendapat jangkitan HPV adalah:
- Aktif dalam aktiviti seksual pada usia yang muda
- Mempunyai ramai pasangan seks
- Hubungan seksual dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks
- Hubungan seksual dengan lelaki yang ada ketuat
- Sistem imun yang lemah- seperti jangkitan Virus Human Immunodeficiciency [HIV]
- Herpes – jangkitan virus herpes pada bahagian kemaluan berisiko tinggi mendapat barah pangkal rahim
- Ubat Diethylstilboestrol (DES) – anak perempuan kepada ibu yang mengambil ubat yang bertujuan untuk mengelak keguguran semasa hamil berisiko mendapat barah pangkal rahim
- Merokok – meningkatkan risiko barah pangkal rahim jenis barah sel squamous sebanyak empat kali ganda.
- Sejarah kanser serviks atau displasia serviks (pra-kanser)
Antara simptom yang mungkin dialami oleh penghidapnya adalah
- Keputihan yang banyak, berubah warna dan konsisten dari biasa atau bau yang busuk
- Pendarahan daripada kemaluan selepas melakukan hubungan seks
- Sakit yang teruk ketika melakukan hubungan seks.
- Buang air kecil lebih kerap, sukar mengawal kencing atau sakit ketika membuang air kecil.
- Berlaku pendarahan dari vagina secara tidak normal
- Sakit pada bahagian bawah abdomen atau pelvis
- Haid yang berpanjangan dan banyak
Selain itu, berikut adalah gejala umum yang menunjukkan seseorang itu mungkin menghidap kanser serviks iaitu:
- Penurunan berat badan secara mendadak
- Kurang selera makan
- Sentiasa letih dan lemah
- Pucat
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan