
Sulit
3 tahun
Right posterior hip dislocation
Saya wanita berusia 25 tahun. Saya terlibat dalam satu kemalangan pada bulan jun 2020 dan akibat dari kemalangan itu saya mengalami kecederaan right posterior hip dislocation. Soalan saya adakah normal jika saya kerap merasa sakit di bahagian tulang punggung saya terutamanya ketika berdiri terlalu lama, berjalan lama dan ketika bangun dari tidur. Saya juga ingin bertanya adakah akan berlaku lagi perkara yang sama seperti hip dislocation pada masa yang akan datang ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesakitan yang dialami akibat hip dislocation yang pernah berlaku. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini
Untuk pengetahuan anda, hip dislocation boleh menyebabkan masalah kecederaan pada saraf dan arthritis yang boleh menyebabkan kepada kesakitan yang dialami.
Hip dislocation boleh berlaku lagi dengan beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko. Namun jika anda menjaga pergerakan dan terapi fizikal, risiko untuk dislocation adalah rendah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.