
Sulit
3 tahun
Risau takboleh mengandung
saya pernah makan ubat gemuk kuning , oren yang viral . dan nama sebenar ubat tu kalbe& harsen . dalam masa 3minggu saya makan badan saya naik dari 37kg-45kg . dan saya berenti secara mengejut badan saya turun 4kg . kebanyakkan kawan saya makan . payah untuk mengadung . boleh saya tahu pendapat doktor tentang saya boleh mengandung atau tidak😔

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda sama ada kesan pengambilan ubat menyukarkan kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, ubat yang dinyatakan tidak berdaftar dengan KKM dan tidak boleh dipasarkan dalam Malaysia.
Ubat ini tersenarai dalam “Senarai 162 Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat” yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) KKM pada 2 Feb 2017.
http://npra.moh.gov.my/…/adulterated-products-unregistered
Semakan menunjukkan kedua-dua produk telah tersenarai antara 162 produk dalam senarai tersebut.
Harsen : Nombor 51 dalam senarai
Kalbe : Nombor 72 dalam senarai
Menunjukkan bahawa kedua-dua ubat ini telah ada individu yang menerima kesan sampingan dan laporan telah dibuat serta siasatan telah dijalankan oleh NPRA. Melalui siasatan yang dilakukan, maka telah dikesan isi kandungan kedua-dua ubat ini adalah Dexametasone sejenis hormon kortikosteroid dan Cyproheptidine sejenis ubat antihistamine.
Walaupun tiada kajian menunjukkan kesan sampingan ubat ini menyebabkan kesukaran untuk hamil, disarankan untuk anda merujuk perkara ini di pusat kesihatan agar pemeriksaan dapat dilakukan dan mencari punca kesukaran untuk hamil.
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penilaian dan nasihat lebih lanjut dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.