
Sulit
3 tahun
Sakit bhgn rusuk kanan bawah payudara
Sy wanita berumur 40 tahun mengalami sakit di bahagian tulang rusuk kanan, lebih tepat di bawah payudara kanan. Sakit sudah berlarutan 2 minggu. Semakin sakit bila bersukan (golf). Sukar bergerak mengiring kekanan masa nak tidur. Sakit ubila angkat tgn kanan, bergerak badan kekanan, nak bangun atau duduk. Sy juga pesakit diabetic. Mohon pencerahan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tulang rusuk atau selaput dada (costochondritis)
- Tuberkulosis
- Jangkitan paru-paru
- Diabetic neuropathy
- Radang payudara
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kenyataan yang diberikan oleh anda memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.