
Sulit
5 tahun
Sakit dada dan tulang rusuk
Hai doctor. Saya berusia 26 tahun dan saya ingin tahu saya sudah sebulan lebih sakit secara on and off di tulang dada dan tulang belakang rusuk. Saya dapat merasakan nafas saya seperti pendek. Saya telah buat ujian ECG dan suntikan darah troponin I dan tiroid test di klinik tetapi result negatif. Saya buntu kerana penyakit tersebut menganggu aktiviti harian saya. Saya hanya diberi ubat tahan sakit untuk otot sahaja tetapi tak berkesan untuk saya. Saya cepat berasa penat dan buntu apakah penyakit saya alami. Adakah saya patut menjalani ujian MRI untuk abdomen atau buat echocardiogram

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada pada seorang lelaki muda (<30 tahun) serta keluhan lain yang anda rasakan biasanya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Perikarditis iaitu keradangan selaput jantungataupun myorcarditis iaitu keradangan otot jantung. Pada keadaan ini rasa sakit biasanya bertambah setiap kali menarik nafas.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Keadaan atau penyakit lain yang jarang tetapi boleh timbul pada lelaki muda dengan keluhan sakit dada adalah seperti berikut:
- Batu hempedu. Saluran hempedu mudah tersumbat sehingga menyebabkan keradangan dan timbulnya keluhan yang mirip sakit dada memandangkan posisinya yang dekat dengan dada
- Pancreatitis atau hepatitis iaitu keradangan organ dalaman seperti pankreas dan hati juga dapat menyebabkan sakit dada dikeranakan posisi organ tersebut yang dekat dengan dada
- Pneumonia juga dikenali sebagai paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Pneumothorax iaitu satu keadaan apabila udara yang seharusnya keluar terperangkap di tepi paru-paru. Kes berkaitan penumothorax biasanya dianggap kecemasan dan disertai dengan sesak nafas. Ia dapat timbul akibat pelbagai hal seperti jangkitan ataupun trauma.
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari keluhan sakit dada daripada yang tidak merbahaya sehingga yang kecemasan, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar penyebab sakit dada anda dapat dikenalpasti dan sekiranya situasi mencemaskan ia dapat ditangani dengan segera.
Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.