
kemek_sp
5 tahun
Sakit kepala bahagian kening kanan
saya wanita berumur 30thn mpunyai 2 prg anak…,saya mengalami sakit kepala baru-baru ni…sudah hampir 1minggu…,sakit kepala menganggu saya sewaktu kerja…semasa saya solat, dalam keadaan rukuk seperti terasa bebanan di bahagian kening kanan saya.,saya sudah bertemu doktor., dan doktor berikan ubat paracetamol, sudah habis ubat tahan sakit tersebut., apa patut saya buat kerana sakit ni berterusan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Komplikasi selepas trauma pada otak seperti pendarahan dalam otak, otak membengkak.
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Memandangkan anda telah pun mendapatkan ubat penahan sakit, namun gejala masih berterusan, sebaiknya dikenalpasti penyebab keluhan anda. Bagaimanpun, untuk mencari penyebab keluhan anda ini, maklumat lanjut dan beberapa persoalan harus ditanyakan lagi. Justeru, anda disarankan untuk merujuk doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.