cheritachucks
7 tahun
Sakit Perut dan Pening Kepala
Saya berumur 23 tahun dan kadang2 saya selalu rasa kurang selesa pada bahagian kiri dan kanan perut seperti pedih. Sebelum ini saya pernah melalui ujian endoskopi kerana ada jangkitan kuman (h.pylori) pada 3 tahun lepas dan telah mendapatkan rawatan dan sembuh selepas itu. Adakah kemungkinan masalah sebelum ini terjadi semula? dan saya juga mudah berasa pening ketika berdiri atau berada di tempat yg sesak.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, Helicobacter pylori adalah kuman yang dapat tumbuh di sistem pencernaan manusia, terutama di perut. Kuman ini boleh menyebabkan infeksi dengan cara merosakkan dinding perut dan usus kecil.
Symptoms terjadinya ulcer akibat infeksi Helicobacter pylori adalah :
-Gastric
-Perut kembung.
-Mual.
-Demam.
-Penurunan berat badan.
-Hilangnya nafsu makan.
Tetapi, dari penerangan tuan tadi, banyak lagi penyakit yang mempunyai gejala yang sama dengan penerangan tuan seperti :
- gastritis
- peptic ulcer
- stress induced gastritis and headache
- GERD
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih






























