
Anonymous
5 tahun
Sakit perut ketika ditekan
Assalamualaikum doktor…saya ruzana berumur 26 tahun…saya ingin bertanya pada doktor mengenai sakit yang saya alami…apakah punca perut terasa sakit ketika ditekan?..rasa sakit itu bukan disetiap bahagian perut, cuma sesetengah bahagian dan rasa sakit itu tidak kekal pada satu tempat saja…selain itu, perut saya terasa seperti keras ketika ditekan pada bahagian atas tengah tepi kiri kanan…rasa sakit ketika ditekan tu seperti ada yang bengkak dalam perut…selain itu, perut belah kanan saya lebih besar dari sebelah kiri…tetapi saya tidak mengalami apa2 gejala seperti muntah, demam, sakit perut, atau lain2 gejala…cuma sakit ketika ditekan…adakah ini disebabkan badan saya mengandungi banyak angin dan gas?..saya mohon pencerahan dari doktor…terima kasih

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit perut boleh disebabkan oleh
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Berdasarkan simptom anda, kami sarankan anda merujuk kepada doktor kerana pemeriksaan dan beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengenalpasti punca sakit anda.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!