
Anonymous
5 tahun
Sakit perut mencucuk
hamil 4minggu 5hari dan sekarang sakit perut mencucuk

6 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Sakit perut ketika hamil adalah perkara yang biasa berlaku kepada ibu mengandung dan biasanya tidak membahayakan anda atau kandungan.
Antara penyebab sakit perut ketika hamil adalah:
Ligamen tegang. Terdapat ligamen yang menghubungkan rahim dan pangkal paha. Ligamen ini semakin tegang apabila rahim membesar semasa kehamilan. Ini biasanya menyebabkan kesakitan kepada ibu mengandung ketika beralih posisi.
Angin atau sembelit. Kehamilan menyebabkan paras hormon estrogen meningkat. Hormon ini menyebabkan sistem penghadaman berfungsi dengan perlahan. Ini menyebabkan masalah sembelit dan angin pada ibu mengandung dan boleh menimbulkan kesakitan dan ketidakselesaan di dalam perut.
Braxton Hicks Contraction. Keadaan ini dirasai seperti “contraction” hendak bersalin. Namun, keduanya adalah berbeza kerana “contraction” sebelum bersalin adalah lebih sakit dan panjang. Masalah Braxton Hicks Contraction boleh berlaku akibat dehidrasi.
Sakit perut ketika hamil adalah perkara biasa, namun jika anda merasa risau anda boleh dapatkan nasihat doktor yang bertauliah secara percuma di DoctorOnCall. Anda boleh klik pada link ini:
https://bit.ly/2DXtfQr