Sulit
5 tahun
Saya telah diberitahu bahawa hati saya telah bengkak.adakah sakit itu akan melibatkan seluruh bahagian abdomen?
saya jasmin berumur 19 tahun.dua hari lalu saya buat ujian darah untuk level darah putih, doktor mula syak saya ada kanser darah ikutan saya ada simptom-simptom tersebut.mereka ada check bahagian abdomen dan mereka mengatakan bahawa hati saya sudah bengkak.adakah selkanser tersebut yang menyebabkan hati bengkak?dan adakah mustahil untuk saya menghidap kanser darah sedangkan saya tidak mempunyai demam? saya ada simptom lain kecuali demam
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kanser darah boleh menyebabkan banyak kesan sampingan termasuklah bengkak hati.
Memandangkan kami tidak memiliki laporan kesihatan anda, kami tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.





























