arifahaida
6 tahun
Saya wanita dalam 20 an. saya mengalami sakit perut dan rasa hendak muntah selepas makan. dah dua hari saya saya rasa macamni. harini saya makan breakfast saja nasi goreng dan selepas itu saya tak makan dah. disebabkan rasa mual nak muntah
saya wanita dalam 20 an. saya mengalami sakit perut dan rasa hendak muntah selepas makan. dah dua hari saya saya rasa macamni. harini saya makan breakfast saja nasi goreng dan selepas itu saya tak makan dah. disebabkan rasa mual nak muntah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah mual/muntah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- kesan sampingan ubat-ubatan
- migrain
- masalah gastrik
- spinter bawah esofagus menjadi ketat
- kehamilan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.






























