nurazanikamarudin
5 tahun
Sesak nafas dan pening kepala
Saya pelajar dan berumur 23tahun. Sejak akhir akhir ini, saya mengalami sesak nafas. Haritu pernah sekali saya ada masalah dan saya rasa begitu tertekan sehingga menyebabkan saya sukar untuk bernafas dan pening kepala seperti migraine. Adakah itu stress yg normal? Saya baru kena masalah mcmni sbnyk dua kali pada minggu yg sama.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- Anxiety atau masalah emosi yang lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.