
sms896265
4 tahun
Susu nutren optimum untuk kehamilan
Saya sedang hamil 10 minggu…dan saya ada beli susu di farmasi…farmasi cadangkan saya susu nutren optimun utk sy.
Adakah selamat utk sy minum susu nutren optimun?..

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, pada pebdapat saya, memandangkan susu nutren optimum tersebut hanyalah minuman dan bukannya ubat-ubatan atau makanan tambahan,tidak menjadi masalah untuk anda mengambil susu tersebut melainkan sekiranya anda ada alahan terhadap susu atau apa-apa bahan dalam susu tersebut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.