
Sulit
4 tahun
Tolong terangkan bagi ubat decan 75.0mg
Adakah ubat decan 75.0mg mempunyai immunity yang rendah dan apa fungsi ubat tersebut dan adakah ia sesuai untuk sakit otot Dada atau jantung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda kegunaan ubat ini adalah:
- Arthritis
- Gout
- Asma
- Lupus
- Alergi
- Keradangan
- Myositis ( radang pada otot)
Untuk menjawab soalan anda berkenaan kegunaan ubat ini terhadap sakit otot dada, anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Hal ini kerana, punca sebenar sakit dada perlu diketahui dan kegunaan ubat bergantung kepada tahap kesihatan seseorang.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.