
mayasareera
4 tahun
Ubat sakit gigi berlubang
Saya berumur 28 tahun dan sedang mengandung 5 bulan. Sekarang sya sedang mengalami sakit gigi akibat gigi berlubang. Boleh tak saya mengambil ubat titis untuk Gigi berlubang jenama ‘dyna-tds’ yang mengandungi eugenol (clove oil)?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya tidak penggunaan eugenol ataupun clove oil untuk ibu mengandung kerana tiada apa-apa kajian yang menunjukkan jika eugenol adalah tidak bahaya pada bayi dalam kandungan.
Namun begitu, eugenol mempunyai kesan sampingan seperti kerosakkan pada gusi, kulit dalam mulut dan mukosa dalam mulut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor pergigian untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dengan keadaan anda. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.