Ahmad
5 tahun
Adakah ini tanda penyakit kelamin?
Saya rasa saya dijangkiti penyakit kelamin… Tapi belum berjumpa Dr… Tanda2 berikut yg berlaku:
- sakit kepala kuat sangat selama 3 hari
- keluar ruam merah Dari Leher hingga kaki.
- selesema, batik Dan demam.
- tumbuh nanah di batang zakar.
Ubat apa yg boleh saya mkn untik rawat penyakit saya…?
5 tahun
Selamat pagi! Terima kasih untuk soalan anda.
Simptom- simptom anda menunjukkan bahawa anda mengalami jangkitan sifilis peringkat 2. Izinkan saya menjelaskan tentang jangkitan sifilis, ia disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum. Bakteria ini selalunya tersebar melalui hubungan seks yang tidak selamat atau menjalin hubungan seks dengan pesakit herpes. Penyakit ini biasanya menunjukkan simptom berperingkat. Peringkat pertama, pesakit sifilis akan mengalami ulser kecil pada bahagian kelamin dan ia tidak akan menyebabkan kesakitan. Ulser akan sembuh dalam masa tiga hingga enam minggu.
Pada peringkat kedua, pesakit sifilis akan mengalami ruam pada seluruh badan termasuk tapak tangan dan kaki. pada peringkat ketiga, jangkitan ini boleh menyebabkan otak, saraf, mata, jantung, saluran darah, hati, tulang dan sendi rosak. Penicillin adalah antibiotik yang paling biasa digunakan untuk sifilis. Penicillin akan diberikan secara intravena selama dua minggu.
Jangkitan ini boleh dikesan dengan ujian tppa (Treponema pallidum particle agglutination) dan ujian VDRL (venereal disease research laboratory). Ujian tppa (Treponema pallidum particle agglutination) adalah ujian yang lebih tepat berbanding dengan ujian VDRL. Ia adalah penting bagi anda untuk melengkapkan antibiotik untuk mencegah jangkitan berulang. Anda juga dinasihatkan untuk mengamalkan seks yang selamat atau elakkan daripada menjalani hubungan seksual untuk sementara waktu.
5 tahun
Hai, selamat pagi. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Penyakit kelamin atau sexual transmitted diasease STD adalah penyakit yang boleh menular jika anda mempunyai hubungan kelamin dengan pasangan yang sudah dijangkiti. Ia boleh berjangkit dengan seks oral, faraj mahupun dubur. Jangkitan klamidia dan gonorea diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit menular seksual (STD). Jenis jangkitan ini boleh menyebabkan kesakitan pada zakar anda dan merembeskan cecair.
Gejala-gejala penyakit kelamin (STD) seperti luka yang menyakitkan atau benjolan pada alat kelamin, rasa sensasi semasa kencing, pelepasan dari zakar atau kawasan genital, demam, pelepasan faraj atau zakar yang luar biasa atau pelik, pendarahan faraj yang tidak biasa, sakit semasa persetubuhan, sakit pada bahagian bawah abdomen dan ruam di belakang, tangan atau kaki.
Rawatan umum untuk klamidia atau gonorea adalah seperti di bawah: -
Ubat-ubatan - Ubat antibiotik boleh membantu mempercepatkan masa sembuh kesakitan anda dan mengurangkan kesakitan.
Penjagaan ketika di rumah - Gunakan pembersih ringan apabila mandi dengan air suam. Pastikan tapak yang dijangkiti bersih dan juga kering. Pakai pakaian kapas longgar untuk memastikan keselesaan.