
Sulit
4 tahun
Bacabacaan alt ast ggt tinggi
Doctor…sy lelaki berumur 28 tahun…nk tanya berkenaan ini…
bacaan alt : 138
bacaan ast : 88
bacaan ggt : 146
Bilirubin : 34
Albumin. : 64
Kolestrol. : 6.4
Saya dah menjalani ujian hiv hep b and c…kesemuanya non reactive… boleh bagi pendapat doctor apakah masalah kesihatan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, saya tidak boleh membuat kesimpulan mengenai bacaan keputusan fungsi anda di atas kerana setiap makmak mungkin mempunyai bacaan normal yang berbeza.
Tetapi, secara amnya,
ALT biasanya terdapat di dalam sel hati. Namun, apabila hati rosak atau mengalami radang, ALT boleh terlepas ke aliran darah. Ini menyebabkan kadar ALT serum meningkat.
AST juga adalah enzim yang dibuat oleh hati. Namun, organ lain, seperti jantung, ginjal, otak, dan otot anda, juga menghasilkan AST dalam jumlah yang kecil. Oleh itu, tahap AST yang tinggi dalam darah mungkin menunjukkan hepatitis, sirosis, mononukleosis, atau penyakit hati yang lain. Atau boleh juga masalah jantung dan radang pankreas.
Gamma-glutamyl transferase (GGT) adalah enzim yang terdapat di banyak organ di seluruh badan tetapi paling banyak di hati. GGT meningkat dalam darah dalam kebanyakan penyakit yang menyebabkan kerosakan pada hati atau saluran hempedu. Oleh itu, ianya digunakan untuk menilai kemungkinan, penyakit saluran hempedu atau untuk membezakan antara penyakit hati dan tulang yang keduanya menyebabkan peningkatan alkali fosfatase (ALP). Kadang-kadang untuk menyaring atau memantau penyalahgunaan alkohol
Sekiranya ketiga bacaan adalah tinggi, ini bermaksud, terdapat kemungkinan anda mengalami masalah hati. Walaupun keputusan hepaitis anda menunjukkan negative namun, masih banyk sebab lain yang boleh menyebabkan keradangan hati. Antaranya penyakit saluran hempedu, ubat-ubatan, demam denggi dan sebagainya.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapat tahu punca maslaah hati anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.