Sulit
2 tahun
Batuk / Kahak berdarah
Saya wanita berusia 26 tahun. Saya memang ada masalah kahak yang panjang selama berbulan bulan. Jika saya tidak sihat atau demam akan keluar kahak yang berwarna hijau, jika dalam keadaan biasa akan keluar kahak berwarna putih seperti air liur. Kadang kala saya paksa kahak keluar sehingga terasa di bahagian belakang hidung. Beberapa minggu lepas, ada darah keluar bersama kahak tetapi hanya larik larik darah sahaja dan apabila ke klinik Dr kata keadaan tersebut biasa kerana saya memaksa kahak keluar hingga mungkin menyebabkan luka. Pagi tadi, sebelum saya makan atau melakukan apa apa aktiviti, saya ada mengeluarkan kahak dan kahak tersebut berketul ketul dan mempunyai darah. Adakah ia keadaan yang biasa juga? Saya juga ada mengambil gambar pagi tadi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang masalah kahak yang berdarah. Saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai kemungkinan punca kahak anda berdarah. Salah satunya seperti yang dinyatakan oleh doktor sebelumnya disebabkan oleh kecederaan pada kerongkong anda.
Namun begitu, jika pendarahan berlarutan dan masalah batuk dan kahak anda masih tidak sembuh, sebaiknya anda merujuk kembali masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut kerana ia boleh jadi disebabkan oleh masalah lain yang lebih serius.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.