LeeTing

6 tahun

Gatal bahagian alat sulit

saya gatal2 bhagian alat sulit dan terasa pnas , adakah ini tanda2 saya menghidapi penyakit kelamin ?

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih di atas pertanyaan anda.

Berdasarkan simptom yang anda alami, ia berkemungkinan adalah disebabkan oleh jangkitan kelamin ataupun sebagai kesan tindakbalas kulit di bahagian tersebut dengan bahan kimia seperti serbuk pencuci.

Untuk wanita, jangkitan kulat di alat kelamin dikenali sebagai ‘thrush’ oleh Candida albicans, sejenis yis. Selain itu, jangkitan seksual atau lebih dikenal sebagai STI (sexually transmitted infection) merebak melalui hubungan seksual ataupun sentuhan dengan pasangan yang dijangkiti. Antaranya adalah herpes genital yang merupakan virus. Ia memberikan simptom seperti gatal-gatal, rasa sakit dan juga demam. Untuk merawatnya, krim anti-viral akan diberikan bersama-sama ubat tahan sakit. Trichomoniasis pula merupakan jangkitan parasit dan kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Bacterial vaginosis pula berlaku apabila terlampau banyak bakteria mengatasi flora vagina yang biasa dan biasa terjadi kepada wanita yang menggunakan pembersih intim wanita. Ia bukanlah STI tetapi risiko untuk mendapatkannya adalah lebih tinggi jika seseorang itu adalah aktif secara seksual.

Setelah mendapat keputusan ujian, doktor akan memberikan anda ubat yang perlu dihabiskan. Untuk mengelakkan jangkitan kelamin di masa hadapan, sentiasa pastikan bahawa kawasan tersebut bersih selepas membuang air kecil. Elakkan menggunakan produk pembersih intim wanita kerana ia mengganggu keseimbangan pH di dalam vagina.

Dr Ilias,

6 tahun

Terima kasih atas soalan anda.

Kegatalan dan sensasi panas di bahagian sulit boleh disebabkan oleh pelbagai jenis penyakit. Ya, memang terdapat sesetengah penyakit kelamin yang boleh menyebabkan simptom-simptom tersebut. Salah satu contoh ialah Herpes Simplex Virus (HSV). Virus ini menyebabkan kemunculan lepuh di bahagian sulit dan pesakit yang terjejas boleh mengalami kesakitan di bahagian tersebut. Selain itu, mereka juka mungkin mengalami demam dan kesakitan ketika membuang air kecil. Rawatan yang sering diberi ialah ubat antiviral.

Selain penyakit kelamin, simptom anda juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kulat. Pesakit-pesakit yang terjejas biasaya mengalami kemunculan ruam di bahagian sulit. Untuk mencapai diagnosis yang tepat, sesetengah doktor akan mendapatkan sampel kulit untuk ujian lanjut. Walau bagaimanapun, rawatan yang sering diberi termasuk ubat salap seperti clotrimazole, atau ubat antifungal dalam bentuk pil.

Simptom anda juga mungkin disebabkan oleh kudis buta. Pesakit-pesakit yang terjejas biasanya ada ruam di bahagian bawah perut dan bahagian dalam peha. Kegatalan yang mereka alami amat teruk terutamanya pada waktu malam. Jika simptom anda disebabkan oleh radang kulit akibat alahan, contohnya terhadap bahan kimia, anda juga boleh mengalami ruam dan kegatalan.

Selamat petang! Terima kasih untuk soalan anda. Untuk menjawab soalan anda, gatal pada kemaluan boleh disebabkan oleh jangkitan kulat. Sekiranya anda hanya mengalami simptom gatal pada bahagian kemaluan anda, ia berkemungkinan besar anda mengalami penyakit kulat atau “jock itch”. Ia adalah jangkitan kulat yang menjejaskan kulit kemaluan, paha dan punggung dan biasanya memberi kesan kepada orang yang banyak berpeluh atau bersaiz besar.

Ia boleh tersebar dari orang ke orang atau dari penggunaan tuala atau pakaian yang tercemar. Anda berisiko besar untuk mendapat jangkitan ini jika anda seorang lelaki, remaja atau dewasa muda, memakai seluar yang ketat, berat badan yang berlebihan, kuat berpeluh atau pesakit diabetes.

Pada masa yang sama anda boleh pastikan bahagian kemaluan anda sentiasa kering. Keringkan kawasan kemaluan anda menggunakan tuala yang bersih selepas mandi atau bersenam supaya ia selalu kering dan ini akan mencegah kegatalan. Anda juga boleh menggunakan bedak di sekitar paha anda untuk mengelakkan kelembapan yang berlebihan. Adalah penting untuk menukar seluar dalam anda sekurang-kurangnya sekali sehari atau lebih kerap jika anda kuat berpeluh. Cuci pakaian senaman anda selepas setiap penggunaan. Elakkan pakaian yang ketat dan cuba memakai seluar pendek kerana ini akan mengurangkan kegatalan. Jangan biarkan orang lain menggunakan pakaian, tuala atau barangan peribadi yang anda kerana itu boleh menyebarkan jangkitan anda kepada orang lain.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)