
Sulit
4 tahun
Gatal kulit di bahagian belakang badan
Saya wanita berumur 19 tahun. Saya mengalami gatal gatal di kulit sejak kecil. Sekarang saya sering gatal gatal dia bahagian belakang terutama selepas mandi dan ketika berpeluh. Apakah ubat yg boleh saya ambik untuk menghilang penyakit ini dan juga ubat untuk hilangkan parut gatal trsebut? Saya prefer ubat makan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Ubat bagi sakit yang anda alami kini adalah bergantung kepada punca sakit tersebut. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.