Sulit
3 tahun
Hepatitis bs antibody
Doctor, i just want to ask. Saya baru dapat buat medical checkup dan saya dapati resultnya okay. Tapi saya ingin bertanya, apakan maksud hepatitis Bs antibody (CMIA) sekiranya resultnya adalah non reactive (<10 IU/L) note: non-immune to HBV infection?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda,bagi mengesan antibodi terhadap antigen permukaan HBV (Anti-HBs), ianya diuji menggunakan chemiluminescent microparticle immunoassay (CMIA) yang mengesan IgG anti-HBs. Ujian ini ditunjukkan untuk menilai tindak balas terhadap vaksinasi HBV, penentuan status imun HBV dan untuk diagnosis jangkitan HBV ketika digunakan bersama dengan data klinikal dan makmal lain.
Untuk penentuan status imun, hasil yang non-reactive dan equivocal dianggap non-immune. Ujian ini tidak membezakan antara jangkitan dan vaksinasi. Beberapa hasil lab lain adalah diperlukan untuk kesimpulan yang sempurna boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih