Sulit
3 tahun
Kahak kadang ada darah fresh
Sya lelaki umur 29 perokok,sya slalu buang lendir dn kadang bilang saya paksa kahak kadang2 ada darah fresh ikut skali,namun sya tdak merasa sakit saat menarik nafas atau batuk,… trima kasih dokter
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda alami ketika ini iaitu kahak yang kadangkala berdarah. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, gejala kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Luka pada tekak
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
Namun, masalah sedemikian juga boleh berlaku atas faktor yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan segera daripada doktor, seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih