Sulit
3 tahun
Kolestrol dan gastrik
Adakah masalah kolestrol boleh sembuh sepenuhnya? Dan mengapa lepas bersenam badan merasa letih dan sukar bernafas?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda mengenai adakah kolestrol boleh sembuh sepenuhnya serta mengapa berasa letih dan sesak nafas selepas bersenam.
Untuk pengetahuan anda, masalah kolesterol tidak boleh sembuh sepenuhnya kerana tiada ubat spesifik yang mampu menyembuhkan keadaan tersebut secara keseluruhannya. Namun, masalah ini boleh di kawal dan di selia bagi memastikan keadaan sentiasa dalam paras normal.
Mengenai sesak nafas dan letih lepas bersenam adalah normal kerana ketika bersenam, jantung dan otot kita bekerja lebih keras daripada biasa. Keadaan ini menyebabkan badan memerlukan oksigen yang lebih selain itu sebab letih adalah disebabkan tenaga yang digunakan oleh badan ketika bersenam.
Namun, keadaan letih dan sukar bernafas juga boleh disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- asma
- anemia
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini .
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih