
Sulit
4 tahun
Masalah Kulit breakout
Saya wanita umur 22thn. Saya mengalami kulit muka breakout seperti jerawat sdh brmcm mcm cara sy cuba still breakout juga.ada kah ubat yg sesuai utk stop kn kulit muka sy dr breakout (jerawat)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang jerawat.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis jerawat dan setiap jenis mempunyai rawatan dan pendekatan yang berbeza. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan Doktor bagi pemeriksaan terlebih dahulu.
Sebagai langkah dan tips dalam menangani jerawat, anda perlu tahu bahawa jerawat dapat timbul kerana pada orang yang mempunyai ciri-ciri berikut;
- Sejarah keluarga, ahli-ahli mempunyai jerawat di usia muda
- Merokok
- Tekanan Emosi
Ia kemudian berkembang menjadi jerawat apabila terdapat kejadian berikut:
- Peningkatan dalam produksi sebum (akibat penggunaan produk yang salah)
- Infeksi oleh bakteria (akibat kurang mencuci muka dengan benar)
- Masalah hormon yang akan berkurang apabila anda semakin tua
Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat, kurangkan air bergula dan air berkarbonat
- Elakkan makanan yang berminyak
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan penyebab masalah anda supaya mendapat diagnosis yang lebih tepat.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.