
Sulit
4 tahun
Masalah pertumbuhan bulu roma yang sangat tebal dan banyak di seluruh tubuh badan termasuk muka sehinggakan menyebabkan rasa tidak selesa dan tidak normal
Saya remaja lelaki berumur 17 thn saya mengalami masalah pertumbuhan bulu roma yg banyak dan tebal meliputi seluruh badan termasuk muka hingga menyebabkan saya tidak selesa…dalam kalangan adikberadik saya yang paling mempunyai byk bulu…perkara ini membuatkan saya mempunyai masalah keyakinan diri apabila bergaul bersama rakan rakan dan keluarga…jadi apakah yang patut saya lakukan untuk menangani masalah ini…apakah rawatan yang ada untuk mengatasi masalah ini…terima kasih doctor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pertumbuhan bulu roma yang berlebihan pada seluruh badan. Untuk makluman anda, kondisi yang anda alami dikenali sebagai Hypertrichosis atau Werewolf syndrome.
Kondisi ini adalah kondisi yang boleh datang sejak lahir ataupun ketika waktu hidup, dan ia tidak mempunyai penawar. Walaubagaimanapun, ia boleh dikurangkan/dikawal melalui beberapa cara:
- Cukur bulu tersebut
- Epilasi kimia (penguguran rambut secara kosmetik)
- Menggunakan lilin (waxing)
- Mencabut bulu roma
- Memutihkan (bleach) bulu
- Electrolysis dan Thermolysis
- Penggunaan mesin laser.
Hypertrichosis juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti kanser, kekuranan nutrisi dan sebagainya. Oleh itu, sejarah kesihatan anda perlu disahkan lebih lanjut oleh doktor anda yang berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.