
Sulit
3 tahun
Mengenai minuman whey protein
saya minum whey protein… kalau buat urine test, boleh sangkut tak dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Namun, memandangkan keterangan anda adalah kurang jelas, kami tidak dapat menjawab soalan anda dengan tepat. Sila hubungi kami supaya kami dapat membantu anda mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.
Secara umumnya, whey protein adalah salah satu makanan tambahan yang amat popular di kalangan atlet dan penggemar gimnasium. Whey protein boleh mengandungi sumber protein tinggi yang boleh membantu dalam pembinaan otot. Namun, sekiranya whey protein diambil secara berlebihan, ia boleh mengakibatkan masalah buah pinggang. Oleh itu, anda perlu melihat pada dos yang direkomen semasa membeli makanan tambahan ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.