Sulit
2 tahun
Miscarriage side effect
- pernah miscarriage pada last december secara tiba-tiba
- tak diberi ubat apa apa pun , cuma ultrasound scan and kata sudah fully discharge
- only satu suntikan lepas siap ultrasound scan and diberi mc selama 14hari
nak tahu akan ada apa apa side-effect ke tak lepas miscarriage macam ini ? risau discharge tak bersih sebab dengar org kata biasanya miscarriage kena cuci
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda.Saya akan cuba untuk membantu.
Untuk makluman anda,jika anda sudah membuat ultrasound and doktor sudah memastikan bahawa ketiadaan janin dalam rahim anda maka tiadalah apa-apa masalah.
Antara komplikasi gugur tidak lengkap adalah :
- pendarahan dan discaj melalui kemaluan berpanjangan
- jangkitan kuman
- risiko meningkat untuk mendapat ketumbuhan seperti choriocarcinoma pada jangka panjang
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.