Sulit
3 tahun
Pengambilan vitamin C 1000mg dalam kehidupan seharian
Saya lelaki berusia 21 tahun dan pernah mengalami ekzema. Bolehkah saya consume vitamin C yang juga mengandungi bioflavonoids dengan dos 1000mg dalam sehari. Adakah ianya digalakkan dan dibolehkan dalam perubatan ataupun mampu memberi kesan sampingan. Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin mengetahui tentang pengamalan suplemen vitamin C dan Flavonoids. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar vitamin C yang disyorkan bagi individu yang sihat adalah sebanyak 65 hingga 90 milligrams (mg) sehari, selain itu pengambilan suplemen ini tidak boleh melebihi jumlah 2,000 mg sehari, kerana ini akan menyebabkan keracunan.
Vitamin C tidak boleh diambil oleh individu yang mempunyai sejarah penyakit:
- Thalasemia
- Gangguan G6PD
- Penyakit Sickle cell
Pengambilan Vitamin C dan Flavonoids yang berlebihan atau tidak terkawal boleh menyebabkan gejala yang serius seperti berikut:
- Cirit birit
- Muntah
- Sakit kepala
- Gangguan batu karang
Vitamin C bukan sahaja terdapat di dalam supplement, malah diet anda seharian sudah mengandungi vitamin C contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi tidak perlu mengambil supplement vitamin C yang terlalu banyak.
Sebaiknya pengambilan suplemen perlu dirujuk kepada doktor atau pakar nutrisi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan Dietitian