Sulit
2 tahun
Pening kepala dan masalah telinga
Salam doktor. Saya wanita berusia 28 tahun. Kesihatan saya mula terganggu selepas seminggu saya ambik vaksin dos ke 2 dan saya ada buat rawatan akar gigi pada bulan itu. Ia bermula dengan telinga saya rasa macam tersumbat dalam 2 atau 3 hari. Selepas itu saya diserang vertigo. Saya pergi klinik doktor cakap ada jangkitan kuman dalam telinga dan diberi ubat antibiotik dan pening. 3 hari selepas itu saya pergi bekerja dan 4 jam selepas itu kepala saya pusing dan pening. 2 hari kemudian perkara yang sama berlaku di tempat kerja. Saya syak mungkin saya mengalami gerd sebab ada simptom selalu kembung perut, bila pening susah telan makanan, kadang2 rasa sakit perut selepas makan, rasa macam masam2 di tekak. Kalau makan lambat saya akan jadi pening. Dada pn kadang2 jd berdebar debar. Situasi ini berlaku dalam masa sebulan. Dalam masa itu juga saya mengalami bisul di bahagian bawah. 3 kali bisul naik selama sebulan. Saya ada buat ujian darah dan air kencing sebelum bisul tu naik. Keputusan menunjukkan air kencing saya tinggi sel darah putih. Untuk masalah simptom gerd saya telah menjaga pemakanan saya dan masa makan saya. Simptomnya sudah berkurang kecuali masalah kembung perut masih lagi kerap. Apa yang saya perasan tiap kali telinga saya rasa macam tersumbat ( macam duduk tempat tinggi) mesti selepas itu saya rasa macam tidak stabil dan pening. Apa masalah sebenar saya ya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan daripada vaksin. Antaranya adalah:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Menggigil
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Untuk masalah vertigo anda pula mungkin berpunca dari GERD dan lokasi bisul anda adalah penting untuk membuat diagnosis yang lebih tepat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.