Anonymous
5 tahun
Pening kepala penyebab ketinggian sel darah putih
minggu lepas saye ade buat ujian darah disebabkan demam saye on off tetapi selepas membuat ujian darah sel darah putih saye tinggi dalam bacaan 16…adakah ia terlalu tinggi?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda, biasanya sel darah putih dalam badan kita adalah dalam jangkaan 4.5 to 11.0 × 109/L. dan bacaan anda adalah dikira tinggi tetapi tidak membahayakan.
Untuk pengetahuan anda, antara punca yang menyebabkan jumlah sel darah putih meningkat adalah:
- jangkitan kuman
- keradangan
- terlecur/terbakar
- pembedahan
- ubat-ubatan
- stress/tekanan hidup
- penyakit sumsum tulang
Untuk makluman anda, jumlah sel darah putih meningkat bukanlah sesuatu yang bahaya dan tidak membawa risikonya yang tersendiri tetapi ia menjadi tanda atau gejala kepada beberapa punca yang mungkin membawa bahaya atau mengancam kesihatan.
Sekiranya anda inginkan maklumat yang selanjutnya mengenai isu sel darah putih, anda adalah disarankan untuk berhubung dengan doktor yang bertauliah kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.