Sulit
2 tahun
Rahang tidak selesa, sakit kepala, ngilu gigi, sesak dan sakit dada
Salam sejahtera, saya wanita berumur 20-an, saya mengalami sakit kepala sudah lama dan dr mengatakan hanyalah stress. Selepas itu, saya mengalami sesak nafas dan pergi kecemasan. X-ray menujukkan paru-paru ok dan dr diagnos mengatakan gastritis. Selepas itu, saya mengalami sakit kepala yang menumpukan di bahangian depan dan pelipis sehingga ke rahang. Saya juga merasakan rahang tidak selesa , sukar bergerak dan rasa ngilu di gigi. Pada masa yang sama juga saya merasakan sesak dan sakit dada. Apakah simptom-simptom yang berlaku pada diri saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, gegala anda boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Sesak nafas pula boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Sakit kepala boleh disebabkan oleh:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Anda juga disarankan untuk membuat ujian COVID-19 secepat mungkin. Gegala ini juga boleh disebabkan oleh COVID-19.
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.