
Sulit
4 tahun
Ring worm semakin teruk di kepala sehingga bernanah dan merebak ke tempat lain
Assalamualaikum dan selamat mlm, ank sy mengalami masalah ring worm yg semakin merebak di kepala sehinggakan bernanah dan bengkak merah2… Bagaimana cara yg berkesan utk merawatnya dan ubat terbaik utk menghapuskan kualt ini… Utk pengetahuan doc, sy telah me beli ubat sapu dan shampoo di farmasi… Decozol cream dan pristine shampoo…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk kami memberikan diagnosis sama ada anak anda mengalami penyakit kulat, pemeriksaan secara fizikal perlu dilakukan.Oleh itu saya sarankan anda ke klinik berdekatan untuk mendapatkan konsultasi. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan ruam pada badan anak anda selain daripada ringworm atau kurap. Iaitu:
- Dermatitis yaitu keradangan kulit yang terjadi akibat kontak dengan bahan yang menimbulkan alahan, atau bahan yang mengiritasi kulit seperti sabun
- Jangkitan kulit luar seperti impetigo sering terjadi pada anak-anak
- Dermatitis seboroik yaitu apabila terdapat masalah pada bahagian kulit yang berambut
- Scabies yaitu juga dikenali sebagai kudis buta yang terjadi disebabkan sejenis bintanag yang mirip kutu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.