June
5 tahun
Sakit dada dan cepat mengah
Hai doktor sy berumur 23th, seorang surirumah menjaga seorang anak berusia 1 tahun 4bulan. Sy mempunyai masalah sesak nafas dan sakit dada. Sy juga mempunyai masalah cepat mengah/semput bila buat kerja2 rumah. Rasa seperti lemas/takdpt udara, penat utk bernafas. Dada rasa sesak seperti baru lepas berlari walhal hanya duduk/baring. Adakah masalah jantung atau ia berpunca dpd kolestrol? Sebab pd tahun lepas doktor mengatakan bacaan ecg sy menunjukan sy ada heart attack. Sekian.
5 tahun
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kesesakan nafas dan sakit dada. Antara punca-punca tersebut adalah:
• Jangkitan paru-paru atau pneumonia boleh menyebabkan sesak nafas, sakit dada, demam, batuk dan kahak.
• Serangan asma terutamanya selepas pendedahan kepada bahan-bahan alahan seperti udara sejuk, habuk dan bulu binatang
• Pulmonary embolism atau saluran darah paru-paru yang tersumbat
• Acute coronary syndrome atau heart attack atau serangan jantung
• Angina atau sakit dada yang disebabkan oleh kekurangan oksigen ke jantung
• Valvulopathy atau injap jantung yang terjejas, terutamanya aortic stenosis atau injap aortik yang terlalu sempit
• Arryhthmia atau dengupan jantung yang tidak teratur
• Anemia atau kekurangan hemoglobin di dalam darah
Sila rujuk ke klinik untuk mengetahui punca masalah anda. Harap ini membantu.
5 tahun
Hi dan salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Bagi menjawab soalan mengenai kolestrol yang mampu membawa penyakit jantung, ya, kadar kolestrol yang tidak normal di dalam badan adalah antara faktor berlakunya serangan jantung. Bagi lingkungan umur saudari, secara amnya serangan jantung ataupun ‘heart attack’ amat jarang berlaku namun ia tetap boleh terjadi.
Antara penyebab sesak nafas yang dihadapi saudari adalah:
- Asma
- Lelah rokok ataupun COPD
- Jangkitan kuman pada paru-paru ataupun pneumonia
- Paru-paru berair
- Serangan jantung/ ‘heart attack’
- Kegagalan jantung
- Degupan jantung yang tidak sekata (Arrythmia)
- Kegagalan injap jantung untuk berfungsi
- Keracunan karbon monoksida
- Keresahan/ masalah psikologi
Contoh yang dinyatakan di atas adalah antara sebahagian faktor yang boleh membawa kepada masalah yang dihadapi saudari.
Pada masa yang sama, saya perlu menasihatkan saudari untuk tidak melakukan sebarang aktiviti berat yang boleh menjadikan gejala yang dialami menjadi semakin teruk. Elakkan daripada mendekati pekerjaan yang boleh mengeluarkan habuk, dan elakkan daripada merokok dan minum minuman beralkohol. Sekali lagi ingin saya tekankan bahawa jalan penyelesaian yang dimiliki saudari dalah hanya untuk pergi berjumpa dengan doktor dengan secepat mungkin.