
Anonymous
5 tahun
Sakit dada sebelah kiri dan tembus ke belakang
Saya berumur 23 tahun dan bekerja dalam bidabg f&b… Dalan masa seminggu ni saya dapat rasa yang dada sebelah kiri saya selalu sakit dan sukar untuk bernafas…tambahan pula rasa sakit dada sebelah kiri tu tembus ke bahagian belakang… Jadi bahagian dada kiri dan belakang akan berasa sakit… Malah saya juga mengalami rasa lemah pada lengan bahagian kiri seperti lenguh, tidak kuat dan rasa seperti berhenti gerak… Bokeh saya tahu apa masalhnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Seperti yang dinyatakan di atas, sakit dada sebelah kiri berkemungkinan bermakna ia adalah kerana sakit jantung atau penyakit lain yang serius. Penyakit ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh membahayakan kesihatan dan nyawa anda secara mengejut. Anda sangat digalakkan untuk terus berjumpa doktor sekiranya mempunyai sakit dada yang berterusan atau yang memenuhi ciri-ciri sakit dada angina.
Antara ciri-ciri sakit dada angina ialah rasa berat atau menekan di dada , sakit dada datang ketika sedang melakukan aktiviti fizikal dan hilang apabila berehat. Setelah mendapat pemeriksaan dari doktor, kemungkinan penyakit serius boleh dikesan dengan bantuan pemeriksaan fizikal dan ujian makmal
Rasa sakit dada di sebelah kanan mempunyai terlalu banyak penyebab yang berkaitan dengan jantung dan sebaliknya. Di bawah adalah senarai penyebab yang serius:
- Serangan jantung/sakit jantung
- Angina
- Radang jantung
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih